Seni pembuatan minyak wangi bermula ketika zaman kuno masyarakat Mesir dan kemudian mula berkembang di kalangan masyarakat Rome dan Arab. Di Eropah pula minyak wangi mula mendapat perhatian pada kurun ke-14.
Sepanjang zaman pembaharuan (Renaissance), minyak wangi digunakan dengan kerapnya oleh kebanyakan keluarga diraja dan menjadi satu kaedah pembersihan tubuh badan seharian mereka.
Perkataan 'perfume'? berasal dari ungkapan Latin iaitu 'per? membawa maksud melalui atau menerusi, manakala 'fumus? pula bermaksud asap.
Masyarakat Perancis kemudiannya menamakan minyak wangi sebagai "parfum", berdasarkan haruman semerbak yang mereka hidu daripada hasil pembakaran kayu wangi.
Pada abad ke-18, industri minyak wangi semakin berkembang di negara Barat dan banyak tanaman aromatik ditanam di Perancis, pengeluar terbesar bahan mentah industri berkenaan.
Khamis, 3 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan